Wednesday, 22 June 2016

Kadar Sewa Ideal - 10 bulan = 1 tahun

Cara untuk tetapkan kadar sewa yang seterusnya adalah dengan ambil kira kadar sewa 10 bulan boleh mengcoverkan installment kat bank untuk setahun..

Dari segi formula nya adalah :

Installlment X 12 months /  10 months

Kalu dari segi contoh nya..

Installment : RM 700

So, guna formula yang ada... Kadar sewa yang chantek adalah :

RM 700 X 12 months / 10 months = RM840..

Ini bermaksud, cashflow sebanyak RM 140 sebulan boleh digunakan untuk membayar installment untuk bulan ke 11 & ke 12 setiap tahun jika cash flow tersebut tidak digunakan..


Cara ni selalu nye digunakan untuk kawasan yang mempunyai trend penyewa keluar masuk dalam tempoh setahun.. dan selalunya terjadi di kawasan student IPT.. contoh - Puncak Alam & Cyberjaya..

Kawasan IPT ni, student selalunya akan duduk untuk setahun je...  jarang student nak duk lama kat satu2 rumah.. Duduk 2 sem.. pastu nak kuar.. selalunya diaorang keluar bila start cuti sem yang panjang tu..

Pekebende lah.. pastu masuk sem baru.. hegeh-hegeh cari rumah lain.. duk senyap2 kat citu xleh ke..huahuhaa...

Bila mana berlaku situasi macam ni, makanya,  sementara nak tgu batch baru masuk..  kene lah bayar jugak installment kat bank tu.. so, cash flow yang kita dah dapat dari bulan pertama sampai ke bulan ke-10 tu, boleh lah dipakai untuk bayar installment bulan ke-11 dan bulan ke-12.. huhu..

Jadi nye, kene lah bersedia untuk simpan ketat-ketat cashflow yang dapat tu kalu main kat area student ni.. kekedang, bukan setakat sebulan dua xde penyewa.. silap2 sampai satu sem xde orang..yang ni perit sket lah..huhu.. Dan ini pernah berlaku kat orang yang aku kenal tu... 



No comments:

Post a Comment